Konsep dan format Gerak_Khas

Gerak Khas merupakan idea dan konsep asal Yusof Haslam, dibangunkan oleh Skop Productions dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di awal kemunculan Gerak Khas, barisan pelakon asal terdiri daripada Abby Abadi, AC Mizal, A. Galak, Deen Maidin, Shaharon Anuar, Farid Amirul dan Yusof sendiri. Lagu tema Gerak Khas asal dicipta oleh PH Lim dan dinyanyikan oleh AC Mizal dan Abby Abadi.

Siri ini pada asalnya disiarkan pada 5 April 1999 jam 9:30 malam di TV1. Namun sejak 2004, ia bersiaran di TV1 setiap rabu jam 9.00 malam selepas penjenamaan semula siaran RTM. Namun ditukar semula ke TV2 pada tahun 2006. Pada tahun 2007 Siri ini diubah waktu siarannya pada hari jumaat jam 9.00 malam dan pada tahun 2009 waktu siaran diubah waktu iaitu 10.00 malam dan kembali semula kepada waktu asal pada tahun 2010 jam 9.00 malam. Pada tahun 2017, siri ini diubah waktu iaitu bermula jam 8.30 malam pada hari yang sama.

Rujukan

WikiPedia: Gerak_Khas http://www.accessmylibrary.com/premium/0286/0286-8... http://www.budiey.com/kisah-unit-elit-polis-dalam-... http://www.budiey.com/norman-hakim-cerai-abby-abad... http://www.imdb.com/Title?Gerak+Khas/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ac-mizal-kem... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/gerak-khas-l...